hey u ~
wanna follow ? of course u can :D

Thursday, 3 December 2015

Pra Diploma Sains/Perdagangan (PD008/PD007)

Assalamualaikum kepada semua pembaca dekat blogger ni , terutamanya kepada adik2 lepasan spm.
Okay kali ni biarlah saya gelarkan diri saya 'kakak' sekejap ye untuk adik2 ni . hehehe *ajet senior

Akak tau mesti adik2 sekalian begitu gembira dan rasa nak melompat sampai hujung bumi ke hujung langit sebab spm dah abis . Akak pun dulu rasa macam tu jugak . Rasa 'heaven' giler spm dah habis . Masa nilah kita nak balas dendam tengok tv sampai mata bengkak *ops, melampau , hahaha
tidur puas2 dan bermalasan di bilik sampai dah jadi sarang tikus dah bilik tu . akak dah lalui semua tu . malah akak pun salah satu daripada korang . hahahah
Kepada yang nak kerja , cari duit sikit sebelum masuk alam kolej/universiti yang ini akak tabik spring . Sebab korang tak buang masa dan boleh berdikari . kerja part time ni kita boleh dapat pengalaman dan menghargai bertapa susah ibu bapa kita cari duit untuk kita . akak buat kerja part time ni sebulan selepas spm keluar akak baru terfikir nak kerja cari duit sikit. *sob sob
by the way , alam yang adik2 akan tempuh ni memang banyak guna duit. serius akak tak tipu. So simpanlah duit kerja adik tu sikit dalam bank ye *ching, ching (bunyi duit syiling jatuh)

okay lari dah topik kita hari ini , heheh , biasalah mukadimah panjang sangat . hahahha.
Akak kenalkan kepada adik2 semua tentang pra diploma ni . Bila sebut aje perkataan ''pra'' mesti adik terfikir apa benda tu ? bunyi macam pra tadika aje ? diploma pun ada pra ke ?

haaa , meh meh akak rungkaikan segala persoalan tu . PRA DIPLOMA @ MDAB adalah sijil atau persedian kemasukan ke diploma dan hanya available dekat UiTM SAHAJA. pra-diploma @ MDAB ni tujuan dia untuk mengubah destini anak bumiputera. kiranya bagi 'chance' lah dekat siapa2 yang spm result dia 'kurang' untuk melayakkan diri masuk ke ipta. Masa pra diploma ni adik2 akan mula belajar berdikari dan menebus kembali result spm adik yang tak seberapa tu . Andai kata adik dapat gred C/D kebanyakkan subjek masa spm , akak sangat-sangat syorkan adik untuk mohon pra diploma ni sebab takut-takut adik tak dapat upu. Bukan semua orang dapat upu even straight's A pun tak dapat upu. *kisah benar .
Kiranya permohonan ni back-up adik lah kalau tak dapat upu. Ni borang permohonan untuk pra diploma.

http://online.uitm.edu.my/doc/Borang%20MDAB.pdf

lepas tu adik kena pos/hantar dokumen2 yang dah disahkan tu kepada uitm. Memang pada mulanya adik akan terfikir ''aduh, lecehlah nak kena print , sahkan lagi , ish banyak giler kerja''.
Percayalah kalau adik tak dapat upu , memang menyesal sangat-sangat !! sebab akak dulu pun malas nak hantar semua tu dekat uitm dan akhirnya menyesal yang amat. *sedih tau tak dapat upu.
Disebabkan itu , akak tak nak adik2 akak pun lalui apa yang akak rasa ni .

Kelebihan Pra-Diploma UiTM

1) 2 sem (1 tahun) tapi boleh skip sem 2 kalau result sem 1 cecah 3.5+ *untunglah bljr 1 sem(6bln) je
2) Dapat elaun makanan untuk ibubapa yang berpendapatan rendah *free tau , ulang suara free
3)  Bawah UiTM , sijil diiktiraf
4) Gerenti lepas habis boleh masuk diploma mana2 pun. *gerenti 100%
5) Belajar benda yang sama sebab adik ulang balik silibus masa spm dulu
6) Belajar santai dan tak stress pun
7) Ada Pra diploma Sains dan Pra diploma Perdagangan (PD008&PD007)

Haaa . Banyak kan benefits yang adik akan dapat ? bukan semua ipta tau bagi kelebihan macam ni dekat adik . So you have to grabs it . Sesiapa yang masuk pra-dip ini bukan insan yang tak cemerlang tapi lambat cemerlang. Persetankan perkara2 negatif yang orang cakap. Ini masa depan adik maka adik yang tentukan. Chayok !

Andai kata tak dapat atau terlepas tarikh untuk pra-dip @ MDAB ni adik ada option yang ke2.
Don't worry , chill k . adik boleh mohon pra-dip ni dekat kolej kerjasama uitm. Call terus lebih senang . Pastikan adik call atau mohon sebelum bulan jun ok .Adik boleh search kolej under uitm guna link kat bawah ni.

http://www.online.uitm.edu.my/ined/kkb/senaraikolej.cfm

Akak dulu pun ambil option ke2 ni sebab terlepas dari tarikh permohonan tu.*sedih
maka akak pun ambil dekat kolej teknologi timur (KTT). Walaupun pada mula2 tu rasa stress dan give up sebab tak dapat upu ,, akak gagahkan diri juga pergi ktt. Alhamdulillah lecturer semua baik2 tau . madam salina, sir hamzi, madam arina dan lecturer yang paling banyak bantu akak adalah sir.firdaus.Akak jumpa kawan2 yang baik dan akak sangat bersyukur jumpa mereka semua ni.

Alhamdulillah sekali lagi , Allah balas kesungguhan akak untuk tebus balik results spm dengan cgpa 3.8 masa sem 1 . So akak skip sem 2 dan lompat terus ke diploma .akhirnya akak layak masuk ke uitm kuala pilah dalam diploma mikrobiologi (AS114) *akak dulu ambil pra-dip sains. hehehe .  dan akak sekarang tengah berdiri bersama-sama orang yang bijak pandai.

kenapa pointer akak tinggi sangat ? senang sangat ke ?
Sebab apa akak kena dapat pointer tinggi macam tu sebab akak di bawah kolej kerjasama uitm , jadi uitm meletakkan syarat 3.5 above barulah boleh masuk ke kampus uitm. Kalau buat pra-dip dekat kampus uitm, syarat 3.0 above dah boleh lompat ke diploma. *untunglah , jeles tau tak.
senang aje pra-dip ni, adik cuma ulang balik apa yang adik dah belajar masa spm. ibarat adik belajar 2 kali . Paling best sikit aje topic yang adik2 kena belajar . Tak macam spm yang topik banyak sampai berbelas-belas.

kalau adik dah masuk pra-diploma, adik kena buat penerapan ke diploma selepas 3 bulan masa sem 1 . Maksudnya adik masuk pra-dip bulan 6 kan , so adik buat penerapan dekat student portal bulan 8/9 cam tu . Kena beli no pin bsn tau untuk buat penerapan ni.

Andai kata terlepas tarikh penerapan tu, adik kena pergi kat uitm shah alam seksyen 7 untuk buat permohonan baru selepas 1 hari keputusan pra-dip diumumkan.Jangan sesakali tangguh untuk buat permohonan ni.Untuk Pra-diploma Perdagangan pun sama caranya , tak ada beza ye adik2 . yang beza nya silibus aje . heheh :)

Okay , setakat ini sahaja ye untuk hari ini . Alhamdulillah . Kalau ada apa2 soalan , komen aje dekat bawah tu , InShaAllah akak akan menjawap dengan secepat mungkin . Terima kasih kerana sudi membaca . *peace yow

p/s : sebarang pertanyaan boleh tekan link di bawah ini. sekian
https://farzanaaimi.blogspot.com/2020/04/sambungan-pra-diploma-sains-dan-pra.html

Terlupa email blogger



Assalamualaikum semua , maaf lama dah tak update blogger ni , busy dengan spm sampai terlupa yang saya ada blogger hahaha . Sekarang dah abis dah spm , dah masuk U dah . 
Barulah teringat kat cik blogger kita ni . heheh . By the way , there's a lot thing happen to me . 
Tak tahu nak cerita dari mana sebab banyak sangat benda nak cakap ni . heheh .
Tak apa , kita cerita slow-slow okay . 

Haa , sebelum tu saya nak cerita yang tadi kan , kan , kan , saya terlupa email blog ni . *menangis
Macam ni ceritanya , sebab saya dah lama sangat tak 'on' blog ni , saya terlupa email nya .
Nasib baik saya ingat password , kalau tak , ish3 , jangan harap lah kome nak dengar teman ni membebel ye . hahaha . 
dan ...
dan ...
dengan segala kudrat yang saya ada ni , saya cuba lah merungkai teka-teki email ni sampai terasa macam nak hempuk aje laptop ni . *ehh , gurau. sayang giler kot laptop ni .
lepas tu nak tau apa yang buat blog saya tak dapat buka ? 
hanya perkataan 'my' kat belakang email !
ayoyo ! punyalah fikir apa yang salah rupanya tak letak 'my' je kat belakang '.com' tu . 
haih , kenapa lah dulu-dulu sign up blogger ni letak 'my' kat belakang email . *marah diri sendiri

okay , andai kata awak semua terlupa jugak macam saya ni hahaha , awak boleh tengok email-email yang awak pernah guna dekat facebook , twitter , and so on . Kot2 ada yang sama dengan email blogger awak. Ataupun tekan je 'Need Help' Kita kena cuba dulu. Jangan terus mengalah ok . 

tapi Alhamdulillah , yeahh! saya dah boleh buka blog balik . hohoho . 
haa awak awak semua , kalau email atau password tertentu , jangan lah lupa ye . 
selepas sign up , CATAT kat nota ke , set dalam hp ke , ye lah sekarang ni kan semua orang tak kira lah tua ke muda ke asyik melekat dekat hp aje kan ? 
haa tak nak mengaku ? eleh , tau sangat menipu . hahaha
so gunakan smart phone anda untuk mencatat perkara yang penting ok . 


*hiasan semata-mata*


Quotes for today : ''Sometimes simple things are also the most important things. and only wise can see them'' - Farzana Aimi